22.11.08

Part 2

Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not- not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar irama yang dimainkan tidak lancar dan tidak tepat.

Penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut:
- Semua pelajar perlu membuat latihan skel dan arpeggios dalam berbagai nada, artikulasi dan
irama.
- Gunakan “ method book” yang standard dengan berbagai latihan irama.
- Jurulatih perlu membimbing pelajar bermain dengan betul dan tepat setiap not yang terdapat
dalam irama lagu.
- Pastikan semua not diberi pemberatan bunyi , warna ton dan kekuatan bunyi yang sama.
- Mulakan dengan bermain skel dalam tempo yang lambat diikuti tempo yang cepat.
- Kemudian perkenalkan kepelbagaian dinamik dan pertukaran irama yang terdapat dalam lagu
secara beransur-ansur agar pelajar dapat merasai irama dengan tepat.

( The Band director’s Hand Book. A guide for college and secondary school music director’s in
southeast asia. Bruce Gale )

Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang-kadang irama yang ditulis sama pemberatan bunyi tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan sama rata bunyi dan nilainya.

Contoh:

Penyelesaian bagi semua masalah irama ialah:
- Membaca keseluruhan corak irama bikan hanya membaca not-not tertentu sahaja.
- Gunakan perkataan untuk merasai corak irama.
- Gunakan metronom semasa latihan dijalankan untuk mendapatkan keseragaman tempo dan
irama.

Style.

3 sebab utama masalah stail yang mengganggu kelancaran corak irama.
a. Interpretasi irama yang tidak tepat.
b. Kekurangan pengetahuan berkaitan stail asas.
c. Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.

- Pelajar perlu tahu perbezaan asas stail lagu seperti march,pop, terutamanya sejarah muzik
yang berkaitan dengan stail muzik seperti muzik Klasikal, Baroque, Romantik dan berbagai stail
muzik.
- Mendengar lagu-lagu yang dirakam oleh pemuzik atau kumpulan ensembel profesional dapat
menambah pengalaman muzikal dan merasai ketepataan irama dan stail.
- Mendegar ton yang berkualiti dan ketepatan irama adalah salah satu cara terbaik untuk
melatih pendengaran dan pemikiran yang efektif.
- Akhir sekali jurulatih perlu membimbing pelajar dengan tekun dan sabar kerana terdapat
pelajar yang mempunyai kemahiran berbeza terhadap irama. Pelajar perlukan arahan atau
tunjuk ajar yang betul dalam persembahan selain daripada membaca skor atau corak irama.


EKSPRESSI

Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor muzik yang perlu dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mod lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetik yang terdapat dalam lagu.

Cadangan Penyelesaian masalah:

1. Jurulatih perlu memberi penerangan mengenai bagaimana? Dan kenapa? Ekpressi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif. Contohnya “ a slight cresendo here” , “ a little tenuto on this note” , “ a lift after the half-note,” dan sebagainya.

2. Gunakan konsep yang mudah berkaitan dengan hubungan not dan arahtuju serta pergerakannya dalam frasa lagu semasa mengajar. Kesatuan pemikiran dan bunyi penting untuk menghasilkan gerakan dalaman minda, tindakbalas dan perasaan yang menunjukkan ekspresi muzikal secara langsung.

Contoh :
“ Low search for high”.
Konsep ini memberi penekanan pada imaginasi pelajar terhadap arah tuju not daipada pic rendah kepada pic tinggi dimana pelajar dapat merasai perhubungan antara not-not tersebut. Mulakan dengan nyanyian skel major.

- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not tinggi dan arah yang akan dituju.Fikiran pelajar berfokus daripada not rendah kepada not tinggi.


“ High search for low”
- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not rendah dan arah yang akan dituju.Fikiran pelajar berfokus daripada not tinggi kepada not rendah.
Kombinasi not tinggi dan rendah. Pelajar menyanyi atau main alat sambil berfikir dan fokus pada arah tuju not dan rasa keujudan not-not rendah dan tinggi dalam lagu yang dimainkan.

Konsep dan proses ini membantu pelajar memahami dan merasai perubahan arah tuju melodi dan perubahan pic serta fokus perhatian dan pendengaran pada keindahan melodi daripada hanya memberi tumpuan pada not dan irama.

0 k0men:

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya