TEKNIK INSTRUMENTAL


IRAMA.

i. Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar
kepada not-not lain. Contohnya nilai not krocet atau minim tidak cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.

ii. Kuaver bertitik - corak irama semikuaever
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama yang terdapat dalam meter 2/4 atau 4/4 bila corak irama kuaver bertitik – semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama. Irama yang ditulis tidak sama dengan irama yang dimainkan.
Contoh:

Cara penyelesaiannya ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.

Terdapat juga masalah irama jika not quaver dan semi kuaver yang ditulis dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis. Untuk mengatasi masalah tersebut teknik yang sama digunakan iaitu menulis semula corak irama dalam bentuk yang boleh membantu pelajar merasai irama yang betul dengan bimbingan jurulatih. Mulakan tepukan atau nyanyian dengan tempo yang lambat diikuti tempo yang lebih cepat mengikut bunyi corak irama yang dicadangkan.

iii. Sinkopasi
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain daripada itu menanda ‘ downbeats’ dengan pencil pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

iv. Triplet
Ramai pelajar yang menghadapi masalah triplet, selalunya bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis. Kesan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut.

Cara penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah triplet ialah menggalakkan pelajar memahami dan merasai triplet secara natural dengan melatih tubi pelajar menggunakan perkataan yang sesuai dengan triplet.
Contoh :

won – der – ful No-na-mi

Part 2


Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not- not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar irama yang dimainkan tidak lancar dan tidak tepat.

Penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut:
- Semua pelajar perlu membuat latihan skel dan arpeggios dalam berbagai nada, artikulasi dan
irama.
- Gunakan “ method book” yang standard dengan berbagai latihan irama.
- Jurulatih perlu membimbing pelajar bermain dengan betul dan tepat setiap not yang terdapat
dalam irama lagu.
- Pastikan semua not diberi pemberatan bunyi , warna ton dan kekuatan bunyi yang sama.
- Mulakan dengan bermain skel dalam tempo yang lambat diikuti tempo yang cepat.
- Kemudian perkenalkan kepelbagaian dinamik dan pertukaran irama yang terdapat dalam lagu
secara beransur-ansur agar pelajar dapat merasai irama dengan tepat.

( The Band director’s Hand Book. A guide for college and secondary school music director’s in
southeast asia. Bruce Gale )

Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang-kadang irama yang ditulis sama pemberatan bunyi tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan sama rata bunyi dan nilainya.

Contoh:

Penyelesaian bagi semua masalah irama ialah:
- Membaca keseluruhan corak irama bikan hanya membaca not-not tertentu sahaja.
- Gunakan perkataan untuk merasai corak irama.
- Gunakan metronom semasa latihan dijalankan untuk mendapatkan keseragaman tempo dan
irama.

Style.

3 sebab utama masalah stail yang mengganggu kelancaran corak irama.
a. Interpretasi irama yang tidak tepat.
b. Kekurangan pengetahuan berkaitan stail asas.
c. Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.

- Pelajar perlu tahu perbezaan asas stail lagu seperti march,pop, terutamanya sejarah muzik
yang berkaitan dengan stail muzik seperti muzik Klasikal, Baroque, Romantik dan berbagai stail
muzik.
- Mendengar lagu-lagu yang dirakam oleh pemuzik atau kumpulan ensembel profesional dapat
menambah pengalaman muzikal dan merasai ketepataan irama dan stail.
- Mendegar ton yang berkualiti dan ketepatan irama adalah salah satu cara terbaik untuk
melatih pendengaran dan pemikiran yang efektif.
- Akhir sekali jurulatih perlu membimbing pelajar dengan tekun dan sabar kerana terdapat
pelajar yang mempunyai kemahiran berbeza terhadap irama. Pelajar perlukan arahan atau
tunjuk ajar yang betul dalam persembahan selain daripada membaca skor atau corak irama.


EKSPRESSI

Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor muzik yang perlu dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mod lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetik yang terdapat dalam lagu.

Cadangan Penyelesaian masalah:

1. Jurulatih perlu memberi penerangan mengenai bagaimana? Dan kenapa? Ekpressi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif. Contohnya “ a slight cresendo here” , “ a little tenuto on this note” , “ a lift after the half-note,” dan sebagainya.

2. Gunakan konsep yang mudah berkaitan dengan hubungan not dan arahtuju serta pergerakannya dalam frasa lagu semasa mengajar. Kesatuan pemikiran dan bunyi penting untuk menghasilkan gerakan dalaman minda, tindakbalas dan perasaan yang menunjukkan ekspresi muzikal secara langsung.

Contoh :
“ Low search for high”.
Konsep ini memberi penekanan pada imaginasi pelajar terhadap arah tuju not daipada pic rendah kepada pic tinggi dimana pelajar dapat merasai perhubungan antara not-not tersebut. Mulakan dengan nyanyian skel major.

- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not tinggi dan arah yang akan dituju.Fikiran pelajar berfokus daripada not rendah kepada not tinggi.


“ High search for low”
- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not rendah dan arah yang akan dituju.Fikiran pelajar berfokus daripada not tinggi kepada not rendah.
Kombinasi not tinggi dan rendah. Pelajar menyanyi atau main alat sambil berfikir dan fokus pada arah tuju not dan rasa keujudan not-not rendah dan tinggi dalam lagu yang dimainkan.

Konsep dan proses ini membantu pelajar memahami dan merasai perubahan arah tuju melodi dan perubahan pic serta fokus perhatian dan pendengaran pada keindahan melodi daripada hanya memberi tumpuan pada not dan irama.

Part 3


Pandangan (hasil temubual) En Tang Chia Hoe seorang jurulatih pancaragam yang cemerlang tentang penghasilan sesebuah persembahan yang bermutu.

HARMONI
Menekankan latihan harmoni. Harmoni ialah hasilan bunyi yang terdiri daripada jarak antara dua not (interval). Interval antara dua not di dalam kord (chord) akan mengeluarkan bunyi yang tertentu. Terdapat dua jenis interval yang utama iaitu, major interval dan minor interval. Jika terdapat interval yang lebih kecil dari minor, ia dikenali sebagai diminished interval dan lebih besar dari major, dipanggil augmented interval. Penghasilan dari dua-dua not ini amat penting untuk mengeluarkan bunyi yang baik dari segi intonasinya dan keseimbangan bunyi.
Latihan choral; Maksud latihan choral di sini bukanlah semata-mata melalui nyanyian., tetapi lebih kepada latihan memainkan alat muzik orkestra mengikut not-not muzik yang terdapat di dalam skor-skor lagu choral.
Latihan choral dapat memberi kelebihan dalam menghasilkan keseimbangan bunyi (sound balancing) kerana pelajar dapat mendengar bunyi yang dihasilkan oleh rakan yang lain disamping dapat mengawal kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik mereka sendiri. Selain dari itu, Mr Tang menegaskan bahawa tiada perbezaan kemahiran bermain alat muzik melalui perbezaan umur, Semua pelajar mesti berkerja keras berlatih untuk meningkatkan kemahiran bermain alat muzik. Untuk bahagian section irama (rhythm section), banyak masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan band yang dilawatinya ialah dari segi membaca notasi muzik(side- reading) . Apabali masalah ini timbul, lagu-lagu yang hendak dimainkan atau yang dipelajari semasa latihan akan mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan. Sebagai contohnya, satu lagu mungkin akan mengambil masa sehingga 4 ke 5 minggu baru dapat diselesaikan. Masalah ini dapat diselesaikan jika pelajar-pelajar dapat menguasai (side reading) dengan baik terutamanya dalam membaca irama(rhythm). Masalah ini harus diselesaikan kerana untuk menghabiskan lagu yang mudah hanya perlu mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Jadi pembaziran masa latihan dapat dielakkan.

IRAMA
Kebanyakkan skor lagu-lagu yang mempunyai tanda masa 2/4, mengandungi 80% atau 90% nilai-nilai not dalam kuaver dan krocet. Ini bermakna, jika pelajar orkestra dapat menguasai kemahiran membaca irama ini, semestinya dapat mengatasi hampir keseluruhan masalah-masalah yang timbul semasa membentuk sebuah pancaragam yang baik.

Banyak latihan perlu ditumpukan kepada nilai not quaver dan krocet. Masalah yang timbul sekarang ini ialah, kebanyakkan kumpulan band mengabaikan latihan ini yang mereka fikirkan terlalu senang dan tidak perlu diambil penekanan, sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada irama yang lebih susah dan kompleks. Sedangkan not-not krocet dan quaver ini jika tidak dikuasai dengan sebaiknya, not-not yang lebih susah tidak mungkin dapat dikuasai sebaik mungkin.

PENGHASILAN TON
Selain daripada embouchure, terdapat beberapa factor-faktor lain yang mempengaruhi penghasilan ton yng baik seperti, kualiti alat muzik, air (pernafasan), teknik meniup dengan menggunakan kesan dari pergerakkan lidah (toungeing). Dan factor-faktor tersebut merupakan teknik yang paling asas dalam menghasilkan suara ton yang baik.

Terdapat empat elemen yang penting dalam penghasilan ton iaitu, embouchure, toungeing, teknik pernafasan (air) dan kualiti alatan muzik. Di dalam alat-alat muzik pancaragam, alat perkusi (percussions) memerlukan alatan yang bagus kualitinya. Sudah tentu, alat yang berkualiti tentunya mahal harganya. Ini ialah kerana, berbanding dengan alat tiupan, teknik-teknik yang telah disebutkan boleh mempengaruhi ton jika digunakan dengan baik, lain pula dengan alat perkusi yang hanya terdapat satu teknik yang tidak mungkin boleh memberi kesan bunyi yang baik jika alat tersebut tidak berkualiti.

Menghayati muzik banyak bergantung kepada bentuk/jenis muzik itu sendiri. Walaupun demikian, latihan merupakan factor yang paling penting dalam menghasilkan sesuatu ton. Sebagai contohnya, bunyi yang mellow(lembut) terhasil daripada teknik pernafasan/tiupan yang memerlukan kelajuan udara yang digunakan.
Latihan teknik pernafasan/tiupan ini amat berguna dalam penghasilan ton. "The key to correct use of diaphragm and breath support muscles is the expansion of your lower abdomen when taking in your blowing breath. You have to exercise and develop this technique until it comes naturally to you as a breathing habit even when you are breathing normally when not blowing.” (Robert Hollowell, 1981)

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya