SEJARAH

SMSAH BAND atau Persatuan Pancaragam SMSAH adalah salah sebuah badan beruniform yang aktif di SMSAH. Bermula dengan pasukan Pancaragam sekolah yang terlibat membuat persembahan di hari sukan sekolah hingga ke peringkat negeri. Telah diasaskan oleh En.Rostam Bin Abd.Rahman pada tahun 2000. Beliau menerajui pasukan ini hingga tahun 2008 apabila beliau mendapat tawaran ke  Institut Perguruan Darulaman sebagai pensyarah muzik. Beliau telah dilantik menjadi jurulatih Wind Orchestra SMSAH BAND  yang diterajui pula oleh En. Khairulfahmi Bin Jumri hingga sekarang. Sepanjang penubuhannya, SMSAH BAND banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah Kumpulan Kombo yang terlibat membuat persembahan di peringkat sekolah hingga ke peringkat negeri Kedah. Pasukan ini juga saban tahun membantu persembahan untuk sambutan Keputeraan Raja Negeri Perlis di bawah seliaan Universiti Malaysia Perlis. Pasukan Wind Orkestra SMSAH menjadi kebanggaan warga  SMSAH. Selain terlibat secara langsung dalam membuat persembahan ketika majlis-majlis rasmi di sekolah, Pasukan Wind Orkestra SMSAH juga saban tahun menyertai Pertandingan Wind Orkestra Peringkat SBP bagi mengharumkan nama sekolah di peringkat Kebangsaan.


SMSAH BAND
Pasukan Wind Orkestra Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

PENCAPAIAN PASUKAN WIND ORCHESTRA

Tahun 2001
        • Anugerah perak Pertandingan Wind Orchestra SBP di STAR

Tahun 2002
        • Anugerah emas Pertandingan Wind Orchestra SBP di SDAR
        • Anugerah Peningkatan Kualiti Terbaik Pertandingan Wind Orchestra SBP di SDAR

Tahun 2003
        • Naib johan Pertandingan Wind Orchestra SBP di SDAR
        • Johan Pertandingan Marching Band peringkat negeri Kedah

Tahun 2004
       •  Johan Pertandingan Wind Orchestra SBP di SDAR


Tahun 2008
·         Anugerah Emas Peningkatan Kualiti Pertandingan Wind Orchestra SBP di SEMSAS, Kuantan.

Tahun 2009
·         Tempat KeTiga Pertandingan Akhir Wind Orchestra SBP dan Kluster di SEMSAS, Kuantan.

Tahun 2010
·         Anugerah Gangsa Pertandingan Awal Wind Orchetsra SBP dan Sekolah Kluster di SDAR, Negeri Sembilan.

Tahun 2011
·         Anugerah Perak dan Anugerah Peningkatan Kualiti Pertandingan Awal Wind Orchestra SBP di            
Sekolah Alam Shah, Putrajaya. 

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya