22.11.08

Part 1

IRAMA.

i. Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar
kepada not-not lain. Contohnya nilai not krocet atau minim tidak cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.

ii. Kuaver bertitik - corak irama semikuaever
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama yang terdapat dalam meter 2/4 atau 4/4 bila corak irama kuaver bertitik – semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama. Irama yang ditulis tidak sama dengan irama yang dimainkan.
Contoh:

Cara penyelesaiannya ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.

Terdapat juga masalah irama jika not quaver dan semi kuaver yang ditulis dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis. Untuk mengatasi masalah tersebut teknik yang sama digunakan iaitu menulis semula corak irama dalam bentuk yang boleh membantu pelajar merasai irama yang betul dengan bimbingan jurulatih. Mulakan tepukan atau nyanyian dengan tempo yang lambat diikuti tempo yang lebih cepat mengikut bunyi corak irama yang dicadangkan.

iii. Sinkopasi
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain daripada itu menanda ‘ downbeats’ dengan pencil pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

iv. Triplet
Ramai pelajar yang menghadapi masalah triplet, selalunya bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis. Kesan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut.

Cara penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah triplet ialah menggalakkan pelajar memahami dan merasai triplet secara natural dengan melatih tubi pelajar menggunakan perkataan yang sesuai dengan triplet.
Contoh :

won – der – ful No-na-mi

0 k0men:

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya